Topiknya menarik ye kawan2 semua, topiknya adalah Memancing ketika berpuasa di bulan Ramadhan dan tips untuk memancing tanpa rasa letih ketika berpuasa.. 😇
Pastinya kawan-kawan angler resah dikala masukknya bulan Ramadhan kan? Ada diantara kita memancing habis-habisan sebelum masukknya bulan ramadhan. Sebenarnya tak perlu sedemikian, korang boleh je memancing di bulan puasa macam hari-hari biasa jika korang nak tahu.. hehehe
Admin sendiri pon pernah turun memancing dan pada masa yang sama berpuasa, ramai di kalangan kawan2 admin sendiri yang tidak dapat menahan dari dahaga dan ramai yang tidak berpuasa.. sedih tu sedih lah, dah besar panjang dan admin rasa xperlu lah admin nak nasihat lebih-lebih takut nanti masam muka pulak...
Ok di sini admin nak kongsikan Tips yang sangat berkesan untuk korang memancing dan pada masa yang sama berpuasa
Tips pertama adalah SAHUR!!
Pastikan korang bersahur dulu sebelum berpuasa, banyakkan meminum air, dan buah2han terutamanya buah pisang dan kurma, ini kerana buah pisang dan kurma dapat mengekalkan tenaga kepada badan... makanan sahur min nasi sepinggan, buah2han, susu, kurma dan air masak.. hahaha, bnyak giler makan 😂😂
Tips kedua adalah Pemilihan Waktu Yang Bersesuaian
Pemilihan waktu yang sesuai adalah sangat penting jika korang nak memancing di bulan puasa, waktu yang sesuai adalah selepas subuh. Ini kerana pada waktu itu cuaca belum lagi panas dan pada masa yang sama juga ikan sangat-sangat aktif mencari makanan. So waktu itu adalah sangat2 sesuai aktiviti casting.
Selain waktu pagi, waktu yang sesuai untuk memancing adalah selepas waktu solat Asar, sebab apa? sebabnya waktu tersebut cuaca dah xsepanas tengah hari..hihihi.. dari korang asyik dekat rumah xbuat ape, baik korang pegi memancing..hihi.. boleh hilangkan boring dan xla terfikir sangat pasal makanan, yelah sebab time tu perut berkeroncong menyanyi2... mana tahu rezeki korang strike lauk berbuka..hihihi
Tips ketiga, Pemilihan Tempat Yang Bersesuain
Korang kalau nak memancing lama sampai ke tengah hari, korang kenalah cari spot2 yang xpanas, yang ada tempat untuk berteduh.. hihihi.. Selalunya kaki2 bottom dapat bertahan lama, sambil2 memancing, dorang boleh berehat, hampar tikar dan bantal, letak loceng untuk alert jika ikan makan umpan... memang sangat2 best, xdelah korang nak boring sangat asyik duduk di rumah je...
No comments:
Post a Comment