Friday, May 24, 2019

Bahaya ulat bulu laut sehingga boleh menyebabkan kematian

Chloeia flava, juga dikenali sebagai ulat bulu laut, adalah sejenis cacing annelida polikaet yang dimiliki keluarga Amphinomidae.


Ulat bulu laut mempunyai badan yang memanjang, saiznya antara 7-10 cm panjang, dan 1.8-2.5 cm lebar, tidak termasuk bulu. Ia berwarna merah-coklat atau coklat muda dengan satu jalur warna terang di tengah-tengah badan. Tubuh terdiri daripada 37 segmen yang ketara, setiap satu mempunyai oselus yang tersendiri, yang berwarna ungu atau warna gelap dengan garis putih dan diletakkan di tengah-tengah bahagian atas.[1] Insang-insang kecil, antara warna putih dan coklat, berada pada kedua-dua bahagian luar di belakang bulu dan hampir semua segmen. Tubuh dilitupi dengan duri berkapur iaitu seta, dan mempunyai rambut putih yang halus, tajam dan berbisa


Taburan Chloeia flava adalah secara meluas, di kawasan Indo-Pasifik dari pantai timur Afrika, termasuk Laut Merah, ke pulau-pulau Lautan Pasifik kecuali Hawaii dan Polinesia. Ia dijumpai di kawasan berpasir hingga ke kawasan gersik berlodak yang berdekatan dengan terumbu karang

Cacing ini adalah sejenis karnivor aktif, terutamanya pada waktu subuh dan senja. Dietnya terdiri daripada polip karang, bunga karangburan lauthidroid dan tunicates

SHAH ALAM - Kejadian malang yang menimpa seorang tukang membuat rumah, Hamizi Hamzah yang cedera parah disengat ulat bulu laut di kaki beberapa bulan yang lalu sehingga menyebabkan isi daging luruh dan bernanah.

Pegawai Sains Kanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Fahmy berkata, haiwan berkenaan boleh didapati begitu banyak di kawasan perairan negara di kawasan berpasir dan batu karang.

"Haiwan tersebut mempunyai bisa di yang terdapat pada duri yang boleh menyebabkan kegatalan pada awalnya dan bisa tersebut akan meresap ke dalam badan dan akan menyebabkan kemerahan dan akan membengkak".

"Jika seseorang itu mempunyai alahan kepada toksin, maka bisa sengatan ulut bulu ini boleh membawa maut jika tidak dirawat secepat mungkin.

"Kaki saya tiba-tiba menjadi lebam kebiruan, semakin membengkak dan terus dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya.

Menurutnya, dia kini perlu mencuci sendiri kakinya dan sebulan sekali perlu dirujuk ke HRPZ II, namun terpaksa membonceng motosikal dihantar oleh isteri, Siti Nurul Ain Supian, 30.

"Saya terpaksa membonceng motosikal dengan kaki nampak isi daging untuk ke HRPZ II.

"Sakit itu hanya ALLAH sahaja yang tahu namun saya perlu kuat.

"Kereta buruk kami rosak, nak sewa kereta, tambangnya mahal," katanya.

Menurutnya, dia hilang punca pendapatan sedangkan perlu menanggung tiga anak yang masih bersekolah dan sewa rumah RM120 sebulan serta ansuran motosikal.

Katanya, makan minum keluarganya kini hanya mengharapkan sedekah orang ramai yang datang menziarahinya kerana isteri tidak bekerja.

Sesiapa yang ingin membantu boleh salurkan ke dalam akaun Maybank Hamizi 153092090412 atau hubungi di talian 019-9993534


No comments:

Post a Comment

Bahaya ulat bulu laut sehingga boleh menyebabkan kematian

Chloeia flava , juga dikenali sebagai  ulat bulu laut , adalah sejenis cacing  annelida   polikaet  yang dimiliki  keluarga   Amphinomidae ....