DHAKA: Bangladesh telah mengeluarkan perintah larangan menangkap ikan selama 65 hari bagi menambah bekalan ikan di negaranya.
Menteri perikan dan haiwan, Ashraf Ali Khan Khasru berkata, larangan berkenaan mencakupi semua bot-bot nelayan di perairan negara itu.
Larangan ini bermula dari 20 Mei hingga 23 Julai itu selari dengan musim pembiakan ikan.
“Sumber laut ini akan berkurangan jika kita tidak bertindak dari sekarang"
“Kita perlu pastikan ikan ini membesar dan banyak terlebih dahulu".
Aktiviti penangkapan ikan secara banyak dan berleluasa telah menyebabkan sumber itu berkurangan sejak akhir-akhir ini.
Ini adalah langkah terbaik untuk menambah populasi ikan di masa hadapan.
Image by Quang Nguyen vinh from Pixabay
No comments:
Post a Comment